Thursday, January 22, 2015

ABUYA ADA BLOG RUPANYA :P


Salaam 2015

Baru sudah hantar puteri sulung ke taska. Baik anak bonda. Bangun awal. Dengar kata abuya ye. Lainkali abuya la kejutkan sebelum pergi kerja. Semalam bonda kejut tak nak bangun. Ngantuk sangat sebab stay up pukul 3am tengok upin ipin. Bangun matahari atas kepala dah, bonda cancel nak hantar taska semalam.

Melawat tapak blog abuya tadi. Touching dibuatnya. Sayang benar kat puteri2 nya. Itu la seorang suami. Lelaki yang tak banyak bicara, tapi penuh bicara yang menyentuh hati dalam karyanya. Abang tak tau kot saya dah baca ur blog *peace*. Kalau tahu, confirm terbantut nak story mory dalam blog lagi pasni. InshaALLAH Allah with us hubby.

: Actually abang tau tak saya pun ada blog. Jeng3. Ntah2 saya tak tau yang habib tau. Same situation ^^

Monday, February 10, 2014

Duhai HATI tenanglah




InshaAllah ada rezky terbaik buat dirimu. Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu.
LOVE YOU SO MUCH!

Monday, January 27, 2014

Samsung Ori kah?


*#0*#

Wednesday, January 22, 2014

2013 yang manis


Tenang bersama anak tercinta. Pagi yang nyaman dengan kicipan burung dan kokokan ayam. Alhamdulillah sudah 38 hari usia anaknda kedua kami. Tak sabar rasanya nak berjalan-jalan dengan keluarga kecil ini. Dengan kakak dan baby yang menjadi penyeri hidup kami.

Rancangan Tanyalah Ustazah tadi berkisarkan Didik Ikut Sunnah. Kutiplah semaksimum ilmu berkenaan sunnah Nabi Muhammad SAW supaya dapat diterapkan dalam mendidik permata-permata hati di zaman yang makin mencabar ini. Pelbagai kes yang pelik dan kejam berleluasa saban hari. Method didik anak tak sama dengan yang diaplikasikan oleh ibu bapa kita dahulu. Kami adik-beradik alhamdulillah terdidik dengan baik. InshaAllah. Masing-masing pandai membawa diri sejak dari zaman sekolah. Tidak sama dengan zaman sekarang, ibu bapa yang uruskan segalanya dari A-Z. Ibu yang peka terhadap tugasan sekolah, alert dengan perkara penting anak, sedangkan anak tidak ambil berat mana, seperti ibunya yang sekolah. Ya, ibu, bukan ayah kerana ayah sibuk dengan kerjanya. Ibu ke hulur ke hilir demi kejayaan anaknya. Ayah lebih focus dalam mencari rezeki untuk keluarga.

Tahun 2013 memberi banyak kenangan manis bagi saya. Saya berjaya menghabiskan pengajian setelah empat tahun bergelar calon sarjana. Dari zaman anak dara, berkahwin, dikurniakan puteri sulung sehingga lah mengandung puteri kedua. Alhamdulillah baby direzekikan naik pentas bersama bonda ketika konvokesyen 1 Oktober 2013 ketika 7 bulan dalam rahim. Ini merupakan keajaiban kerana tempoh submit final thesis sangat suntuk ketika itu. Benarlah firman Allah; Kun fayakun. Kenangan manis yang terhebat tahun ini adalah saat melahirkan mujahidah kedua kami pada 16 Disember 2013. Allah permudahkan segalanya. Sakit kontraksi yang "main-main", tiada tanda bersalin, pergi klinik jalan dah 5 cm. Pukul 8 lebih sampai klinik. 9.20 pagi tangisan manja baby mengamit suasana bilik bersalin setelah bunyi kesakitan oleh bonda yang sedang berjuang. Lega. Tanpa koyak dan tiada jahit. Allah, Allah. Mudah benar kali ini. Semuanya atas kekuasaanMu.

Sunday, October 06, 2013

ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR!!! Sarjana telah ku genggam~


Saturday, March 02, 2013

Colouful of UJIAN


YA Allah ya kareem. Ujian bertamu dalam hidup ini bertalu-talu. Tanda Allah menyayangi insan kerdil ini.

Penyelia yang berkecil hati (belum ada sejarah dalam hidupku mempunyai rekod dengan pendidik. Sangat sedih). Salah faham yang mencacatkan kejernihan ikatan ukhwah kami selama ini. Kemudian disusuli dengan "kecil hati" pendidik seterusnya. Salah faham jua. Ya Allah, lembutkanlah hati pendidik-pendidik kami. Rahmati dan peliharakanlah hidup mereka. Didoakan syurga buat semua pendidik ku. Berkatkanlah ilmu-ilmu hambaMu ini. Amin ya Robb~


Monday, February 18, 2013

Soalan Pakcik Posmen


Posmen datang tadi.. Pong..POng menandakan pinta keluar dari rumah untuk sign surat berdaftar. Lepas ambil surat, pakcik posmen tanya : "Tak kerja ke?" He he he. Soalan ringan saja dan boleh jadi berat kalau fikir lama-lama :). Saya jawab tak. Sambung belajar. Mudah. Ringkas. Sebenarnya surirumah sepenuh masa.  Best duduk di rumah ni. Keinginan untuk kerja memang ada, insyaAllah suatu hari nanti. Uruskan perkara-perkara yang perlu dahulu. Bahagia dengan anak kecil yang comel ini =)

Monday, April 11, 2011

layannnn~


Saturday, February 26, 2011

Sanah Helwah buat Suamiku


26 Februari~~~~
Selamat Hari Lahir.
Zauji...habibi albi..
Dibawah limpahan rahmat dan barokahNya..amin~
Sentiasa bahagia, tenang, dimurahkan rezki.. amin~
dan menjadi suami mithali dan terbaik...amin~

Ameen3..~

tahniah! slamat bkhidmat utk agama, bangsa dan negara.. lapor diri molek2 esok deh ;)

">

Thursday, November 11, 2010

Lawati myjodoh???


Dah bersawang blog ni. Lama bebeno tak jenguk. Ala kulli hal, syukur atas nikmat yang dianugerahkanNya ^syukron2^~ Sekarang sudah kembali ke alam sekolah..heee~

Erm..yang pelik, kenapa ada icon lawati myjodoh interframe dalam ni? tak pernah2 buat pun..camne nak buang ek? hurmm.. virus ?

p/s: pening kepalaan..demamkah?
 

~h@lw@^uZuNun~

My Blog List

.:: our strength ::.

Term of Use

♥♥ iHfazhi||ahi_YahfaZkh♥♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino