Thursday, November 11, 2010

Lawati myjodoh???


Dah bersawang blog ni. Lama bebeno tak jenguk. Ala kulli hal, syukur atas nikmat yang dianugerahkanNya ^syukron2^~ Sekarang sudah kembali ke alam sekolah..heee~

Erm..yang pelik, kenapa ada icon lawati myjodoh interframe dalam ni? tak pernah2 buat pun..camne nak buang ek? hurmm.. virus ?

p/s: pening kepalaan..demamkah?

Tuesday, November 09, 2010

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan


Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan). Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah SAW.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.

share

Monday, September 06, 2010

Saat Lafaz Sakinah – Far East


Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Sunday, August 01, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



~


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

10 hari lagi


Assalamualaykum wbt

TETAMU AGUNG AKAN

BERKUNJUNG LAGI

JANGAN BIARKAN TETAMU INI BERKECIL HATI

أَهْلاً وَ مَرْحَبًا يَا رَمَضَــان
Firman Allah swt:
يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“ Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang beriman sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(al-Baqarah, 2: 193)

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَـكُمْ

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa.”

(al-Hujurat, 49: 13)

Bukan sebarangan untuk memperolehi gelar taqwa. Terlalu sukar jalan yang perlu diharungi, lebih sulit dari memperoleh gelar P.M atau Prof. atau seribu gelar duniawi lainnya

Kini tawaran itu akan datang lagi bersama tetamu agung ini (Ramadhan) , tetamu Rabb al-Jalil. Ramadhan bagaikan seorang kekasih nan setia yang terpaksa menghilang seketika.

Sampai masa dan ketikanya ia datang semula dengan penuh kesetiaan, dengan penuh kasih rindu, syahdu. Ramadhan datang dengan tangan mendepa, sedia merangkul hangat kekasihnya pula, rangkulan kasih dengan luahan berbisik rahmat, maghfirah dan
‘itqu min al-Nar.

(copy dr slides ustazah arpah)

TETAPI SUDAH CUKUPKAH PERSIAPAN KITA MENANTI KEHADIRAN
tetamu agung itu
DI RUMAH KITA?!.
SELAMAT

MENYAMBUT

RAMADHAN

Ajal ~ kun fayakun~


30 Julai 2010

Sama-sama kita sedekah al-Fatihah kpd jenazah Zulkhairi Azmi (ex-pasum09/10) yg telah kembali ke rahmatullah slps jumaat td akibat jatuh dr tingkat 5. Sesiapa yang ingin menziarahi keluarga arwah, sila berkumpul di foyer D pukul 8.30malam ini.Tk

Jumaat baru ni (30 Julai 2010), dikhabarkan arwah telah meninggalkan kita setelah terjatuh dari bangunan kolej. Sangat mengejutkan. Kejadian berlaku setelah pulang dari solat jumaat. Dikhabarkan pintu bilik kunci dan arwah penjat melalui beranda & tjatuh. Ajal tidak mengenal umur, masa, tempat dan kondisi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Dicucuri rahmat Allah sentiasa. al-Fatihah

Thursday, July 29, 2010

Makan-makan meraikan besday, konvo & slamat kembali belajar


29 Julai 2010

Semua dah disusun atur molek-molek di atas meja utama di dalam lab ini. Tengah menunggu ketibaan semua sebelum upacara makan together2 bermula. Dr DSHA belanja sempena meraikan konvo Amir pada 7 ogos ni, besday joan&shee ying dan selamat kembali belajar kepada Madno. All foods yang best2 dibeli oleh mereka.

Mereka-mereka sedang bergambar..hehe..sempat lagi blogging.. Xleh tengok makanan la, lapooo~ hee~

Tahniah kepada semua!! ^^,)

nak join diorang plak...daaa~ ;)

*** Dr. DSHA ~ sentiasa ceria ^^,)

***amoi2 neuroRG~

***malay gurlz~ muslimah wink2

*** 4's pizza ~ saya ambil yg tuna, sedap!!

*** kek mango yogurt chocolate mois? hehe~ hentam saja la eja cane ;)

Sunday, July 25, 2010

Ramadhan


17 hari lagi, hadirlah wahai Ramadhan...ku merinduimu..suasana yang diselimuti penuh rahmah wa barakah. Ku mengira-gira kedatangan Ramadhan, dalam masa yang sama insan-insan lain mengira ketibaan Syawal dan segala persiapannya termasuk ana semestinya. Betapa sedihnya memikirkan perkara tersebut. Ibarat Ramadhan ingin dihalau walaupun belum kunjung tiba. Ya Allah~ permudahkan ana dan kami2 menyelesaikan segala urusan sebelum Ramadhan tiba untuk memastikan kami dapat menghayati Ramadhan dengan sepenuh hati kami. HAti kecil ana yang hina ini.

Allah~ ku ingin mengapai cintaMu. Jangan palingkan hati kami, usahlah bolak balikkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Ku akui dan amat yakin ku hanya insan biasa, tidak sempurna, penuh dengan khilaf, maka ampunkanlah. Tetapkanlah hati kami. Ameen ya Robb~

Friday, July 23, 2010

Merinduimu


Sekejapnya masa berlalu, tup tup hampir setahun kita tidak berbicara. Sangat merindui seorang adikku ini. Walaupun diri ini tiada adik kandung (best jadi anak last *smile~hee*, syukur padaMu ya Robb), Allah tetap mengurniakan ramai lagi adik-adik di luar sana yang memberi keceriaan kepada hidup ni. Betapa Maha Pengasih dan Penyayangnya KEKASIH kita.

Mumkin cuti semester yang panjang menjadi asbab ketidakjumpaan cik zai ni. Nway, Selamat meneruskan perjuangan sesi pembelajaran yang baru ni ;)


***from Zai foto.. Senyum2 sokmo~ ukhwah fillah. Nanti walimah don be lupe akak plak ye ;)

Thursday, July 22, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW - pengetahuan untuk diceritakan kepada anak²


Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



USIA 6 TAHUN


· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.



USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.



USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.



USIA 40 TAHUN


· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.



USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.



USIA 63 TAHUN


· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '



ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).



SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH . Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

p/s : saya share..bukan original dari saya. Salah silap maklumat sila maklumkan. jzkk

Sunday, July 18, 2010

Ambil yang mana bermanfaat 4 our life!


18 julai 2010

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asaprokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??

Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang?5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


p/s : betapa bijaknya Yahudi...perancangan sejak awal2 lagi...so, ape lagi...manfaat yg mana baik untuk kebaikan umat Islam. TAkbiR!!!

Emas Untuk Digali


Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air
tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut
dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk di gali.

Kita selalu ditipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat
tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang
baik. Orang baik pula oleh kerana terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu
baik sangka. Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik
untuk memperdayakan orang baik. Pada zaman ini terlalu kurang si jahat yang
memiliki wajah yang jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya dengan
orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dilepaskan
sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya.
Tidak mungkin unta itu akan hilang di kebas orang. Tetapi apabila Rasulullah
s.a.w mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu
kemudian barulah bertawakal. Bermakna tidak boleh terlalu berbaik sangka.
Adakalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun di
kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya
di situlah kesilapan akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskan lah untuk jadi peringatan.
Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar.
Menuliskannya bukan berti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada
saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya
menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadang kala kena ada juga rasa curiga.
Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata pada kawannya, "Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak.
Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit
itu. Kiamat akan datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua
hatra. Penat saja bekerja siang malam selama ini." Betul juga fikir Mat.
Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang
muflis.

Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup
yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang
mencari kesempatan pada kedunguan orang lain. Mat sepatutnya berfikir
begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi
dan beribadalah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah di sangka tak ada buaya.
Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya
juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang
kayu mati-cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka sebab ekornya boleh
libas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang,
di dataran juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.

Berbeza dengan orang tenang, di situ ada emas untuk di gali. Orang yang
tenang biasanya penuh berilmu. Pergilah dampingi orang yang tenang, sesuatu
yang berharga pasti akan diperolehi.

Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna
tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang
tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.


*Petikan buku, Membina Personaliti Terbilang, Dr Hm Tuah Iskandar Al-haj.
Keluaran karya bestari. Muka surat 17



*JIKA KITA INGINKN PERUBAHAN,JADILAH PERUBAHAN YG KITA INGINKAN*

*BERANI MENCUBA,DAN BERANI BUAT PERUBAHAN..KERANA KEGAGALAN SEBENAR ADALAH KEGAGALAN MENCUBA...*

PERUBAHAN DEMI KEBAHAGIAAN DI DUNIA & AKHIRAT>>>AMEEN~

Wednesday, July 14, 2010

Aku Cinta Allah


nta

***best gak....but not so really..sebab slow sangat..erm...nway, ok je =)

Tuesday, July 13, 2010

Ahlan wasahlan Ramadhan Kareem~


~always be there~


13 July 2010
Pagi selasa yang menyamankan. Di kamar keseorangan tidak beerti i'm alone, but there are our best "Love" that accompany us. Always be there, and always wif us everytime. So damn tranquila *calm hugs*.



Setiap permasalah bisa dikendalikan dengan baik dengan bantuanNya. Usah gusar dengan mehnah dunia, semuanya mematangkan dan menjadikan kita lebih bijak menguruskan pelbagai liku dalam hidup ini. Dont be afraid my dear.

Perbincangan dengan my best supervisor memberi impak positif yang amat sangat. Nti je takut. Everthing ok. Dr. bagi greenlight and give me some guidelines & motivations. Thank you very3 much Dr! ;)

"when u lose ur way, Allah u should turn, ALLAHUAKBAR!"

Wahai diriku~ sabar lah dengan ujian. Jangan mudah goyah. Syaitan laknatullah tak pernah mudah putus asa untuk melalaikan dirimu. Usah tewas. Innallaha ma'ana. Semakin tinggi iman seseorang, semakin hebat cucukan syaitan laknatullah. Bukan syaitan yang kecik-kecik. Yang jeneral2 tu. But ni baru ujian kecik yang, how ur iman?? rendah amat2. ALLAH (T_T) tariklah saya kembali, andai tersasar dari jalanMu.

Nisa, sms me, thank you sis. InsyaAllah ada kelapangan akak luangkan masa dengan taklifan itu. Pelbagai perkara berlegar di ruang fikiran insan yang lemah ini. I'll try my best. I need lots lotz million trillion support from u all guys!

Latest, seminar and outbound to oversea. Maybe outbound i cant join. Berkorban demi sebuah kebahagiaan. InshaAllah~

Belajarlah untuk berkorban demi sebuah kebahagiaan. Kebahagian bergantung kepada kita. Sanggupkah kita membiarkan hati kita tidak bahagia? Kebahagian berada di mana-mana. Allah dah kurniakan, bijakkanlah diri untuk memilih, menghargai, bersyukur, mengapai, memperoleh kebahagiaan itu. Kebahagiaan tidak datang bergolek, melainkan usaha dan tawakal padaNya. Kebahagiaan yang disulami dengan keredhaan Allah bisa mendamaikan jiwa. Keredhaan Allah, hanya Dia yang tahu. Kita tidak layak untuk mengadilinya. Cuma kita mampu berusaha dan berpeganglah pada prinsip. Usah goyah dengan kata-kata manusia.

Friday, July 09, 2010

Jumaat menjelma kembali..syukur~


9 Julai 2010, Jumaat, 26 Rejab 1431H
Saudaraku,,mumkin jalan kita tak sama,kabin kita berbeza,,tapi kita masih dlm kapal yg sama,berlayar di lautan yg sama,,InsyaAllah,kita berlabuh di destinasi yg sama...!!Juma'ah Mubarakah,,Bless Friday,Solluu 'alanNabiy...!! ^^,)

Selawat pada Nabi Muhammad S.A.W. Adakah kita sentiasa mengamalkannya? Bermusim atau berterusan.

Syukran jiddan 'ala hazihi peringatan. Betapa sukarnya mengapai cinta pada Nabi Muhammad. Tiada guna kata-kata tanpa tindakan. Tidak sempurna, itulah manusia iaitu ana. Sudah lama difikirin. How to betul-betul menghayati cinta pada Nabi Muhammad. Tunjukkanlah methods padaku ya Robb. Ku ingin tenggelam dalam cinta Allah + Muhammad.

Thursday, July 08, 2010

Open to all~


8 Julai 2010

Ana open balik.. anak sedara ana call baru ni

"Makja, awat blog makja xleh nak baca" said dalila nung jauh di sana

"mkja susuk la, malu..bukan reti mem"blog"kan diri pun, merapu2 jah" kata ambe..hehe

"Ala, saya suka baca blog"

orait boss!! hehe~ all da best exam...nanti leh balik malaysia ngan suke hati nyerr ;))

Sesungguhnya diri ini tak berape reti nak buat blog hebat-hebat macam orang lain. Sekadar coretan a.k.a taipan ketika rasa nak m'blog. Bukannya sasterawati yang bisa menghasilkan bait-bait indah untuk tatapan kalian. Baca je la deh..hehe~


p/s : Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi...amal sokmo deh ;)

Wednesday, July 07, 2010

Terjaga ~ voice missing


Ku terjaga dari lena dalam kiraan 3 pagi. Batuk,sakit tekak, pening kepala bercampur gaul. Penangan jaulah dari kampung kah? TIDAK~memang dapat agak macam nak demam pun. Lutfil pun tak sihat baru ni. Xpela. Sekali sekala tak sihat. Nikmat kesihatan di telusuri kembali. Sempat menelankan diri dengan sebiji panadol actifast untuk mencegah dari demam.

"Ya ALLAH~ sembuhkan dan segarkanlah hambaMu. Andai kurang sihat, ada hikmah juga, insyaAllah"

Tuesday, July 06, 2010

Khatam Qur'an


6 Julai 2010
SYUKUR YA ALLAH~
Ma selamat mengkhatamkan al-Quran pagi tadi...selepas solat subuh..sangat syahdu *prays* ALHAMDULILLAH~

Impian ma yang sudah lama terpahat di hati ma.. hati seorang ibu yang hidup penuh dengan pengorbanan...dari kecil mengaji tetapi sentiasa "reset" dan bermula dari awal disebabkan mengaji tidak konsisten disebabkan pelbagai kekangan...zaman-zaman dulu..itu lah ujian nya..bersyukur lah kita pada zaman sekarang yang mempunyai sistem pendidikan yang teratur dan pelbagai nikmat yang melimpah ruah, atas kita je nak atau pun tak..atas kita je nak pilih yang baik atau sebaliknya..Allah~

Walau bagaimanapun hati-hati orang-orang dulu tak sama dengan hati-hati orang sekarang...

"Ya ALLAH~, ku panjatkan kesyukuran padaMu ya Robb," cetus hati kecil ini

"Ma khatam masa Ramadhan deh"

Tak sangka khatam awal ;))

Ma mula mengaji dengan lebih tenang sejak awal tahun ni..

"Ma dah tenang, boleh focus mengaji", kata ibu ku setiap kali ana sembang-sembang berkaitan mengaji.

Sangat laju dan konsisten bermula awal tahun. Alhamdulillah~

Ana bertolak ke KL bersama abg kandung pukul 8.00 lebih tadi..sampai tengahari..Alhamdulillah~

Bermula la episod baru setelah seminggu berkampung di ganu kite ;))

Saturday, June 26, 2010

Walimah Samihah...RSians


260610 @ Kelana Jaya
Sslam MABRUK ku layangkan kepada ukhtiey Samihah.Barakallahufikuma wa jama'a bainakuma fi khoirr ^^,)

Maaf dengan ketidakhadiran diri yang kerdil ini dek kehanyutan jasad dibuai angin2 sepoi bahasa di kampung halaman ni..sangat tenang :)

"Akak balik on da spot, maaf ek, ada research"

"Memang la marah, tapi nak wat cmne, mmg x dpt dtg kalau marah pun"

"Alaaaa~~~Sorryyy"

"Hehe, xde la kak" kata ukht ; ana mafhum, mesti dia sedih. Dah la tunang hari tu ana pun x berpeluang menjelmakan diri dalam majlis. Jasad tiada di Kuala Lumpur.

Anyway, akak dah wakilkan K.zira ye. Call zira tadi, dia duk beli hadiah lagi..Ingatkan nak dapatkan liputan terkini dari tempat kajian. hehe!

Tuesday, June 22, 2010

Kem Kemensah


22 Jun 2010
Minggu lepas sangat padat dan saya sangat suka kondisi sebegini. Hidup sentiasa terisi dengan pelbagai aktiviti untuk mengelakkan masa lapang yang bisa menjadi racun bagi seorang mujahidah. Sebaris kata yang berbunyi "Masa Lapang MUSUH bagi seorang Muslim (asalnya Remaja, ana tukar kepada Muslim sebab ana dah akhir2 remaja ;p )" amat benar dan saya menyokongnya. Pelbagai perkara negatif akan muncul dan direkacipta oleh diri sendiri dengan bisikan-bisikan halus pok tan (Syaitan Laknatullah) ditambah pula iman yang nipis di dalam diri. Syukur padaMu ya Allah menganugerahkan taklifan ini yang menjadi asbab ana sentiasa di jalan ini. Tapi sampai bilakah? Adakah ketika bergelar student sahaja??? Ya ALLAH~ ana pohon kekuatan dariMu.

Seusai conference pada hari khamis, program yang telah diaturkan oleh Team Pengurus Progresif diadakan pada petang Jumaat. Pengisian diberikan oleh seorang pensyarah dari Kolej Universiti Taylor, Dr. Adnan. Kusangkakan mentee-mentee agak blurr dengan pengisian yang diberikan sebab Dr.Adnan mostly speaking, rupanya tidak. Adik-adik ni beritahu sangat best dan englishnya tak berat sangat. Alhamdulillah. Ana tak dapat mengikuti keseluruhan pengisian kerana meeting tergempar diadakan untuk aktiviti keesokan harinya.

Qiamulail diadakan dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah, kemandiri dan brekfeast bersama-sama. Bertolak pukul 800am menuju ke Kem Kemensah yang berlokasi nung jauh di belakang Zoo Negara. Aktiviti bermula dari pagi hingga selepas asar. Antaranya game-game ringan yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara mentor-mentee, mentee-mentee. Mentor-mentor dah rapat kot ;).

Thursday, June 17, 2010

Syukur PadaMU


ALHAMDULILLAH~ungkapan itu yang selayak untukMU..usai je present FAS-SE-08 @meeting room 405 tadi..Lega sangat Ya ALLAH..SYUkran jiddan lianna kurniakan keyakinan dan ketenangan kepada hambaMu ini ya Robb*in hugs of ALLAH*

Berpeluang bergambar dengan Dr. Afza dan Dr.Hasnah..terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tidak dilupakan rakan-rakan neuroRG, thanx 4 coming. Semoga Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Terima kasih ye bagi support. Sangat berdebar sebenarnya sebab 1st tyme... Anyway, semua kekuatan dari ALLAH...Laa haula wala quwwata illa billahil aliyyul azim
La'ilaaha illAllah, muhammadarrasulullah..ameen2

Wednesday, June 16, 2010

Perjuangan milik kami


16 Jun 2010

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari pasanganmu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!



p/s : Hari ke-2 ICFAS..~ practise again and again.. Ya Allah, tetapkanlah kami sentiasa hidup di jalan dakwah bukan hidup nafsi-nafsi..ameen.

Tuesday, June 15, 2010

ICFAS 2010


15 Jun 2010
Akhirnya hari yang mendebarkan muncul jua...ICFAS 2010 (International Conference on Fundamental and Applied Sciences). Alhamdulillah, pendaftaran berjalan lancar setelah Opening Ceremony di Plenary Hall. Berlansung selama 3 hari, 15-17hb. ICFAS adalah salah satu daripada 7 conference yang lain di bawah World Engineering, Science & Technology Congress (ESTCON). Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Canselor UTP iaitu penganjur konferen ini. Ana di amanahkan untuk menjadi presenter memandangkan keempat-empat lecture kami tiada di Malaysia. Dr.DSHA mengerjakan umrah bersama keluarga manakala Prof Z, Dr.N & Dr.R menghadiri seminar di Bandung, Indonesia. InsyaAllah, ini adalah rezeki awk, kata Dr.DSHA. Huhu, ini cuak namanya. Tak pernah2 present english tibe2 international terus. Ana sahut cabaran ini. InsyaAllah.. Syukran ya Robb =)...Ya Allah, Allahu yassir wa la tuassir..ameen ya Robb.Giliran ana pada 17hb, 8.50am di meeting room 405.

Baru usai rehearsal dengan bibi. Ada improvement. InsyaAllah. Semalam rehearsal dengan budak2 ofis. Banyak gak terabur sebab nervous gak la walaupun depan kawan-kawan. Yang dihafal entah kemana-mana, buat ayat sendiri banyak.Aiyya~

p/s : dari 5 tinggal 1.. Inna lillahi wainna ilaihi roji'un~ Ma cakap, kasihan kat binatang.. Ana dah jaga elok. Tak kena cara kot..dan semestinya sudah ajal mereka ;((
Semalam kura-kura, junior tolong jaga, tibe2 nyawa x panjang. Tadi ikan gapi ekor oren...sempat pegang..pergi ambil wuduk, masuk dalam bilik, ikan dah terbaring. Selamat tinggal dunia


Dr Mahathir sampai ucap utama
2010/06/12

SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucap utama sempena Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Sedunia (ESTCON 2010) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 Jun ini.

Rektor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Datuk Dr Zainal Abidin Kasim berkata, kongres anjuran UTP dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan dirasmikan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas. Katanya, kongres itu dijangka dihadiri 1,200 pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan serta inovasi bagi membincangkan pelbagai isu yang dapat memperbaiki lagi kehidupan manusia. Beliau berkata, kongres bertema Ke Arah Kelestarian: Menghubungkan Kejuruteraan, Teknologi dan Kemanusiaan akan merangkumi tujuh persidangan antarabangsa.

Katanya, ESTCON 2010 turut menganjurkan projek khas iaitu Projek Mengimbangi Karbon (COP) dikenali sebagai Selamatkan Dunia yang akan membantu mengurangkan kadar pemanasan global.

Beliau berkata, sebagai tanda sokongan terhadap projek berkenaan, pihak UTP mengambil langkah proaktif dengan menanam 260 pokok di Taman ESTCON kampus UTP, baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka yang berminat untuk menyertai ESTCON 2010 dialu-alukan hadir ke kaunter pendaftaran di Tingkat 3 KLCC pada 14 Jun ini antara jam 4 petang sehingga 9 malam dan 15 Jun mulai jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi serta 10.30 pagi sehingga 5 petang.
Katanya, maklumat lanjut boleh dilayari di laman web http://www.utp.edu.my/estcon2010

Saturday, June 05, 2010

CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH


1. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama
"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"

6. Dari keturunan yang baik-baik
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!"Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,"Sebab itulah burung itu dapat bersatu".

16. Pemaaf

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai 'body language' yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)

Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH

Wednesday, June 02, 2010

Meeting ICFAS


1 Jun 2010 - Alhamdulillah, sangat suka bercuti-cuti di kampung selama seminggu baru ni sebaik sahaja menyelesaikan Candidature Defence. Syukur padaMu ya Robb. Sangat sayang pada hambaMu yang kerdil lagi hina ini. Sebelum abang ana ambil di kolej malam tu, sempat menghadiri temuduga untuk penempatan kolej bagi semester hadapan. Macam-macam, tak pernah-pernah ada interview sebelum ni. Allah selamatkan ana lagi. Kalau interview hari selepas tu, pasti penempatan lain perlu ku jelajahi. Ada hikmah semuanya =)

Di kampung, kakak ana mengadakan sedikit kenduri sempena "naik rumah". Seperti biasa, ma menjadi orang kuat dalam mana-mana agenda. Ma~ semoga Allah memberi kekuatan pada ma. Ja kasihan tengok ma kena fikir banyak benda. Agenda dan masalah faija lagi, maaf kan faija ma =( sangat sedih tengok respon muka ma baru-baru ini. Sangat terkesan kat hati. Faija balik menyusahkan ma je. Banyak agenda berlaku dalam masa yang sama. Ma pun x dapat tidur lena. Awal pagi, ma pun x tidur lena pun ja tengok =(, maafkan faija ma. Tenanglah wahai ibu ku yang tercinta. Anakmu hanya mampu doakan di samping sedikit usaha kecilku yang tak mampu menandingi sebesar jasa ma.

Petang tadi diadakan meeting ICFAS. Alhamdulillah~ keempat-empat pensyarah menghadirkan diri walaupun tugasan menghambat mereka. Perbincangan mengenai ICFAS rancak di kalangan pensyarah. Ana AGAK ke'blur'an kerana belum prepare 100%. Ditambah pula dalam bahasa Inggeris yang menghantui diri ini. TRust ur self. Prof Zul memberi sedikit sinar pada awalnya di mana beliau akan menjadi presenter. Tapi rezki menyebelahi diri kerdil ini juga, beliau clash dengan tugas di Bandung ketika itu bersama zaujah beliau, Dr. Naemah. Dr. Rohaida pula akan ke Bandung juga, mumkin seminar yang sama, manakala Dr. Durriyyah akan berangkat menunaikan umrah pada hari Sabtu ini. Beliau mengedarkan buku kepada siapa-siapa yang ingin mengirim doa. Ana akan merebut peluang ini. InsyaAllah, esok ana beri.

Kurniakan ketenangan kepada ibundaku yang tersayang.
Tunjukkan kami jalan redhaMu dalam semua urusan termasuk kerja besar yang memberi impak yang amat pada kehidupan akan datang. Mardhatillah ya Robb~

Dah 1.27 am, jom buat ppt icfas. Compactkan. InsyaAllah~

p/s : Alfatihah dan sedekahkan yasin kepada hamba-hamba Allah yang dijemput olehNya. Kat kampung baru ni 3 orang, semalam ayah kepada salah seorang krew ILI. Banyak kematian akhir-akhir ini. Sentiasa muhasabah diri wahai mujahidah dengan caramu dan di jalanmu.Be urself, innallaha ma'ana.

Isu palestin hangat kembali, Wahai Tuhan kami, ALLAH~ kurniakanlah kejayaan kepada umat ISLAM. AMeen~~

Thursday, May 20, 2010

Candidature defence


Esok bersamaan 21 Mei 2010, Jumaat merupakan hari yang paling mendebarkan iaitu akan berlansungnya Candidature Defence iaitu saat yang paling digeruni oleh semua calon ijazah sarjana tinggi. Ana orang first esok. Ya Allah~ permudahkanlah segala urusan dan kurniakanlah kelancaran dan kefahaman kepada mereka dan kami..Ameen ya Robb ;)

Alhamdulillah, semalam ana calling2 ma tersayang..rinduuuu sangat2..nak balik kampung ma.. dah lama x balik.. pas CD ja balik deh..ngan keni's family.. ;) sempat berbual ngan mak..mak cakap, kena yakin..orang lain boleh buat, kita pun boleh buat..insyaAllah..ameen2..~ Hepi birthday faezah ^^,)

Saat tenang pada hari ini. Tak seperti hari sebelumnya,bangun tidur terus berdebar. Itu alamat Allah bagi, ada yang tak kena..Alhamdulillah, hari ni dah tenang. Pagi-pagi dah pergi makan kat Anis Puteri. Semestinya dengan teman yang mempunyai kereta. Pergi sendiri memang x sampainye..heee~
Kul 2 lebih tadi, rehearsal ngan Dr DSHA. So tiada idea how to talk..ok!! dah2 blogging..start train 4 tomorrow...daaaa~ ;) ;) :)

Semoga malumu menjadi perisai dirimu. Gambar private demi menjaga imanmu. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah~ Jangan goyah!!!

"Kalu org private gambar dia kat saya, saya kecik hati", luah kawan gurl seofis saya. Erm, macam tu ea..hurmmm~ insyaAllah unprivate apabila tiba saatnya. Semoga tabah hati tak berbelah bagi

Saturday, May 15, 2010

Nikmat Tarbiyyah


15 Mei 2010
Ketenangan~~..memang mentarbiyyah diri ini..perkara itu dibiarkan melalui hari-hari mendatang dengan limpahan kasih sayang ALLAH, dirimu mendekatkan diri padaNya. Sangat ketara setelah menunaikan umrah tempoh hari. Ini lah kuasa Allah. Sangat gerun ana melihat foto-foto dan post berkenaan habaib. Ana kurang arif berkaitan itu. Yakin dirimu tenggelam dalam dunia itu. Sangat tenang. Ana jauh sangat dengan perkara tersebut. InsyaAllah memahami sedikit demi sedikit dengan izin Allah.

Alhamdulillah, tindakan yang diambil membawa kepada sebuah ketenangan. Terima kasih ya Allah atas lintasan hati yang tidak sedap itu, sebuah penyelesaian ku perolehi*jazakallah* ketegasan mendidik demi syurga abadi. Thanx a lots ^^,).
Fokuskan pada hidup nti. Usahlah memikirkan perkara yang remeh temeh yang boleh merosakkkan hubungan. Banyak lagi kerja bermanfaat yang boleh dilakukan. Andai ada krisis keyakinan, muhasahabah ye! Kutip mutiara kehidupan semaksimum mungkin untuk kebahagian hari mendatang. Tiada apa-apa pun yang berlaku, nti je yang risau lebih. Astaghfirullah~. Sentiasa dalam jagaan Allah, dah dah risau ye. Andai mempunyai masalah, akan menyelesaikan dengan cara tersendiri. Usahlah bimbang wahai mujahidah~

Jom sama-sama menuju ILLAHI...;D

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau lembutkan besi bagi Nabi Daud" ---> bleh aplikasi time interview..heee ;D

"Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari bisikan-bisikan syaitan, kami memohon keberkatan dan keredhaan dariMu. Hanya Engkaulah matlamat kami, jauhkan kami dari kabur-kabur duniawi yang menjauhkan kami dari matlamat asal kami yakni Engkau Ya Robb, Allah~ perkenankanlah"

p/s: sangat2 gembira apabila perbincangan diadakan. Inilah hikmah perbincangan =)

Pinjam kata-kata Abu Saif : Diam itu menyulitkan penyelesaian, ia misteri yang membinasakan. Syukran kerana perbincangan ini demi sebuah kebahagiaan ;)

KEPERCAYAAN itu penting
1)Hapuskan tekanan
-Perbincangan dalam suasana penuh tekanan bukanlah tindakan yang bijak, tenangkan dahulu ye..minum kopi Radix dulu..hehe ;)....ala silap, maaf ye.
2)Iktiraf kesilapan
-Rendahkanlah dirimu. Sikap membantah mungkin membina satu persepsi di minda bahawa bahawa itu sifat EGO. Buktikan kesalahan persepsi itu, bahawa masih duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
3)Bantuan orang tengah ... InsyaAllah pertolongan ALLAH adalah segala-galanya

"Belajarlah mengurangkan kebisingan, wahai puteri. Belajarlah untuk bersuara, wahai putera agama"

ana copy dari saifulislam.com.. Bermanfaat insyaALLAH

“Yang itu mesti husband and wife,” saya mengusik Ummu Saif.

“Mana abang tahu?” isteri saya berhenti menjamah sup cendawan tengah hari itu. Melihat ke arah pasangan di sudut restoran.

“Seorang baca surat khabar, seorang baca majalah. Apa faedahnya keluar bersama jika hanya mahu membaca bersama, kecuali semata-mata kerana mereka masih suami isteri?” saya cuba berteori.

Kami bukanlah sengaja mahu menyibuk tentang urusan orang lain. Tetapi melihat pasangan suami isteri yang sepi, sunyi, tiada suara dan tiada bicara, amat menghiris rasa.

Malah mengheret ingatan kepada beberapa ketika dalam rumahtangga kami sendiri tatkala sindrom sepi dan diam ini melanda. Melakukan muhasabah ke atas diri sendiri, berkongsi kisah dengan kenalan dan membaca coretan di sana sini tentang tabiat para suami mendiamkan diri, atau lebih tepat, membatukan diri… membawa saya kepada beberapa titik renungan untuk difikirkan bersama.

“Abang, Ani tanya abang ni. Kenapa abang selalu balik lambat?” tanya seorang isteri kepada si suami.

Sepi.

Tangannya ligat mencabut tali leher, peluh di dahi dikeringkan sahaja dengan satu kesatan di lengan. Namun mulutnya terus terkunci. Tidak bersuara.

“Abang dengar ke Ani tanya ni?” tanya si isteri lagi.

“Kalau Ani ada buat salah, cakaplah bang. Macam mana Ani nak tahu apa masalah abang, kalau abang diam macam ini?” beliau semakin hilang sabar dengar kerenah si suami.

Lelaki yang dahulunya romantik, menghantar 30 sms sehari di era bulan madu mereka, dan sering mengucapkan perkataan sayang, kini membatu. Sepi. Tidak bersuara, tidak berbunyi.

Namun, seorang suami yang mendiamkan diri itu hakikatnya bukanlah tidak bercakap. Telinganya jauh sekali daripada pekak dan tidak mendengar soalan bertubi-tubi yang diajukan si isteri. Setiap soalan itu dijawab oleh sang suami dengan panjang lagi berjela. Namun semuanya dijawab tanpa suara. Hanya sebuah monolog di dalam hati. Apa yang terlontar hanyalah sebuah kesepian yang membunuh perasaan isteri.

Diam itu emas…

Tetapi emas yang ini tiada indahnya, malah beracun memusnahkan rumahtangga.

Saya juga seorang suami. Ada masanya mendiamkan diri itu sangat memberikan keselesaan. Bukan sahaja untuk diri, malah dirasakan diam itu adalah pilihan terbaik untuk reaksi kepada keadaan-keadaan tertentu. Tetapi saya cepat disedarkan oleh isteri bahawa diam itu menyulitkan penyelesaian. Ia misteri yang membinasakan.

Kali ini, dengan jiwa empati saya mengajak para isteri untuk meneliti rentetan-rentetan peristiwa yang menjadi punca para suami hilang bicara. Para isteri boleh bersikap defensif dan menafikan faktor-faktor ini, tetapi keengganan memprosesnyai, hanya akan menambahkan sakit hati mereka sebagai isteri, melihat suami terus diam sepi seribu bahasa.

AKUMULATIF

Jarang sekali suami tiba-tiba menjadi pendiam.

Bersuamikan seorang lelaki pendiam yang begitu semenjak di hari menyatakan persetujuan menerimanya sebagai suami, sang isteri tidak harus buat-buat terkejut. Diamnya mungkin petanda beliau masih lelaki yang sama seperti di hari pernikahan anda.

Tetapi kebimbangan kita adalah pada suami yang beransur-ansur menjadi pendiam. Kesan jangka panjang yang bersifat akumulatif. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, satu-satu lama-lama jadi bisu. Justeru, sebagaimana seorang suami yang bercakap beransur-ansur menjadi pendiam, maka usaha untuk mengembalikan percakapannya juga wajar dibuat secara berhemah, bagai menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak tumpah bertebaran.

suamibatu

Apakah ini kesudahan suamimu?

KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN

Sebuah perkahwinan, bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal KEPERCAYAAN. Mustahil untuk kita bayangkan sebuah rumahtangga yang dibina tanpa ada rasa percaya di antara suami dan isteri berkaitan ketelusan, kejujuran dan keikhlasan masing-masing. Justeru, perbualan romantik dan indah antara suami dan isteri sentiasa seiringan dengan rasa percaya dan yakin di antara mereka berdua.

Apabila seorang suami semakin merosot kualiti komunikasinya, ada kemungkinan ia berpunca daripada merosotnya keyakinan beliau terhadap sang isteri. Ia bukanlah berkaitan dengan krisis orang ketiga atau hal-hal luaran yang mencabar rumahtangga tersebut. Sebaliknya, suami semakin terjejas keyakinannya terhadap kemampuan isteri berdepan dengan realiti.

“Mampu dan tahankah isteriku untuk mengetahui apa sebenarnya yang terbuku di hati ini?” mungkin soalan sebegini bermain di benak fikiran suami, tatkala beliau diam membatu di hadapan isteri yang masih menyoal tanpa henti.

Bukan beliau tidak pernah bersuara dan menyatakan pendirian, tetapi reaksi isteri yang memedihkan ketika itu menyebabkan suami hilang kepercayaan. Tanda tanya ini sering timbul disebabkan oleh perbuatan isteri yang berulang kali tanpa sedar, merosakkan kepercayaan suami bahawa dia benar-benar terbuka dan sabar untuk menguruskan ‘isu sebenar’.

Cuba kenangkan kembali, pernahkah sang suami menegur anda atas beberapa perkara yang dirasakan tidak kena? Bagaimanakah reaksi anda ketika itu? Adakah anda menghargai teguran tersebut, memberikan tindak balas yang baik, atau anda menyambut teguran itu dengan memuncung sepanjang hari, mengangkat punggung melarikan diri, atau membalas teguran dengan jawapan alasan yang bertubi-tubi?

Suami yang tidak pelupa itu, berkemungkinan besar masih ingat akan kejadian-kejadian tersebut. Bahawa biar pun sang isteri meminta-minta luahan isi sebenar sang suami, hakikatnya si isteri bukanlah kuat benar untuk mendengar ‘kisah benar’ yang diminta. Justeru sifat ’sabar’ luar biasa kaum lelaki, ditelannya sahaja pandangan diri yang sering diperlekeh sebelum ini untuk dibawa ke kubur nanti. Dan kesan sampingannya, si suami semakin mengeras jadi batu.

“Lebih baik dia tidak tahu apa sebenarnya pandanganku tentang rumahtangga ini kerana aku boleh hidup dengannya. Sabarku boleh sampai ke mati. Tetapi aku mungkin tidak mampu lagi sabar andai dirinya membesar-besarkan masalah ini. Perasaanku tidak penting. Apa yang penting adalah keselamatan rumahtangga!” hati suami berkata-kata dengan panjang lebar, tanpa suara.

Oleh itu, seorang isteri yang mahu mengubah sifat pendiam suami perlu berusaha meyakinkan dirinya semula. Bahawa tatkala si isteri meminta suaminya berkata-kata, ia bukanlah permintaan ‘mengada-ngada’, sebaliknya si isteri memang bersedia untuk duduk bersemuka dan berbicara. Kembalikanlah kepercayaan suami dengan beberapa pendekatan berikut:

HAPUSKAN TEKANAN

Mengajak kepada perbincangan dalam suasana yang penuh tekanan bukanlah tindakan yang bijak. Malah suami mungkin bertindak bijak mendiamkan diri, tatkala isteri menembak peluru taburnya kepada suami ketika kaki baru sebelah melangkah masuk ke rumah sekembalinya dari pejabat.

Sabarkan diri. Beri masa kepada suami untuk bertenang. Malah lebih baik jika anda usahakan appointment dengan memberitahu suami bahawa anda ingin mengajaknya minum hot chocolate selepas anak-anak tidur, untuk berbual-bual tentang hal ehwal anda berdua.

Gurau senda juga amat berkesan untuk mencairkan kebekuan seorang suami. Bilakah kali terakhir anda mempamerkan sense of humor kepada suami? Atau dialog yang keluar dari mulut anda semuanya bersifat masalah, permintaan, arahan, tekanan, teguran dan segala macam benda yang serius lagi menambah tekanan.

Berguraulah dengan suami.

Jika tiada lawak baru, ungkit sahaja lawak-lawak lama yang pernah menyebabkan anda berdua ketawa terkekek-kekek suatu ketika dahulu. Jarang seorang lelaki immune terhadap lawak jenaka. Malah mungkin ketiadaan unsur inilah yang menjadi sebab utama mengapa suami ceria dan ketawa berdekah-dekah semasa minum petang dengan kawan-kawannya, tetapi sepi tanpa bicara tatkala duduk di sisi isteri yang dicintainya.

IKTIRAF KESILAPAN

Tidak rugi bagi seorang isteri untuk merendahkan diri mengiktiraf beberapa kesilapannya yang lalu. Menyatakan kekesalannya membentak teguran suami pada suatu ketika dahulu. Yakinkan suami bahawa anda bukan lagi isteri yang ‘cepat melatah’, melenting dan mengamuk semasa suami bersuara pada suatu ketika dahulu.

Sikap isteri yang membantah pandangan suami sedemikian rupa mungkin telah membina satu persepsi di minda suami bahawa isterinya adalah seorang wanita yang ego. Buktikan kesalahan persepsi itu, bahawa anda adalah isteri yang masih duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama suami di sisi.

Mungkin bukan salah anda, tetapi demi mencungkil suara suami yang bagai disumpah sang gelembai itu, rendahkanlah dirimu. Anda boleh terus defensif, namun harganya ialah bersuamikan lelaki bisu.

BANTUAN ORANG TENGAH

Jika sms dan email anda tidak berhasil, bicara dengan suara bernada rendah tidak berjaya, mungkin bantuan orang tengah boleh membantu.

Apakah anda mahu meminta bantuan best friend anda atau best friend suami?

Secara logiknya, usaha menggunakan orang tengah ini akan lebih berpotensi untuk berhasil jika anda cuba meminta bantuan orang kepercayaan suami.

Berhubung dan bincanglah dengannya sebaik mungkin. Anda mungkin juga terpaksa berjuang untuk membina kepercayaan di antara anda dengan teman akrab sang suami kerana ada kebarangkalian dia itu juga dari spesis yang sama dengan suami anda sendiri. Namun tanpa tekanan dan gangguan-gangguan kesilapan lalu, usaha untuk berkomunikasi dengan sahabat suami jauh lebih mudah berbanding usaha untuk berkomunikasi dengan suami sendiri.

Jika anda bernasib baik, beliau mungkin akan berkongsi dengan anda isi-isi hati suami tatkala beliau bercakap tanpa suara semasa di hadapan anda. Dia tidak meluahkannya kepada anda, tetapi kepada teman karibnya. Anda berhak untuk berkecil hati, tetapi abaikanlah perasaan itu. Sebaliknya rancangan strategi yang sesuai dengan ‘pendedahan’ yang telah anda perolehi daripada sahabatnya itu tadi.

Anda boleh jadikan pendedahan itu sebagai alat untuk memusnahkan terus rumahtangga, atau anda juga boleh menjadikannya sebagai alat penyelamat. Terpulang…

Apa yang pasti, hanyalah satu.

Perempuan sering tidak rasional semasa membuat bising, lelaki pula sering tidak rasional semasa mendiamkan diri.

Belajarlah untuk mengurangkan kebisingan, wahai sang isteri. Belajarlah untuk bersuara, wahai sang suami.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Thursday, May 13, 2010

Menjejaki Menara Gading


2 Mei 2010 :
Berlangsungnya program progresif yang seterusnya iaitu Menjejaki Menara Gading yang bertempat di UM. Adik-adik progresif dibawa kali kedua ke tempat yang best ni..hehe.. setelah program motivasi dengan akh raziq suatu ketika dahulu (lupa dah bile ;p. Program ini ala2 explorace. Ada 5 checkpoint semuanya yang melibatkan kawasan sekitar tasik varsiti, kompleks perdana siswa (KPS) dan DTC. Gembira melihat adik-adik yang disayangi cergas dan bertenaga. Kreatif plak tu. Bagus!! ;)
Eri conduct this explorace wif their frenz as faci..thanx lots dik ^^.) Explore diakhiri oleh soalan2 maut cik eri..hehe.. pening gak adik2 tu dibuatnya..sangat comel tgk diorang menyelesaikan lakaran tersebut..huhu~ Eri de gak cam mengantuk..kesian..baru abis shift oncall, smpai bilik, solat subuh terus datang explorace ni..mana x pening dik! ;) akak kagum denganmu.

Program diteruskan dengan sedikit perkongsian oleh akh razali. Beliau datang bersama zaujahnya dan 3 orang anak tercinta. Mentee-mentee didedahkan dengan tips kecemerlangan dan kreavity mereka dicungkil oleh akh.

oh lupa, sebelum perkongsian sedikit suprise diberikan kepada bithdaygurl&boy bg bulan 1-4..bestttt...kek delicious gitu ;D

usai kul 12 lebih...mkn2 dan menuju ke bas..(ana menuju ke my bf, lagenda..hehe)

Nota menuju ILLAHi


Nota buat HATI : Tiada yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah hatta nyawa kita juga pinjaman dari Allah yang perlu kita manfaatkan sebaik-baiknya dan perlu ingat kita mesti kembalikan nyawa kepada Pencipta Yang Esa bila diminta. Harus bersedia untuk mati. Harus bersedia untuk disemadi, persoalannya bersediakah kamu wahai diri yang hina?

Nota Buat IMAN : Memilih suami seolah sama seperti memilih akidah, jadi pilihlah yang terbaik dari yang terbaik. Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Allahumma ameen. Jadi yang SOLEHAH sebelum berhajat kepada yang SOLEH. ~ tarbiyyah madrasah mujahadah ~

Nota Buat DA'EI : Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.

Nota Buat JIWA : Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka. Peneman dikala senang dan payah. Hati terdetik diketuk rasa rindu pada Nya, kerana cinta pada Nya, hati redha menerima segala ketentuan dari Nya. Itulah tawakal pada Nya.

Nota Buat SRIKANDI : Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa.

Nota Buat MUJAHID : Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula! Andai terluka, ingatlah janji Nya!

syukran ya Allah ala hazihi notes (*_*)

Sunday, May 09, 2010

PESANAN RASULULLAH BUAT WANITA


9 Mei 2010

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

www.iluvislam.com

p/s : Ya Allah, solehahkan diri kami keranaMu.
 

~h@lw@^uZuNun~

My Blog List

.:: our strength ::.

Term of Use

♥♥ iHfazhi||ahi_YahfaZkh♥♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino