Tuesday, July 28, 2009

reNunGan bu@t pejuang cinta ILLAHI - p|L|han ALLAH segalanya (^^,)


Aku Menunggumu
www.iluvislam.com
oleh : arepis0125
Editor : doraemong13


Isi Hati Sang Ikhwah


Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.



Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

<<< Dia p!L!hanku >>>


Dia Pilihanku

www.iLuvislam.com
nukilan : muslimah single93
editor:everjihad

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

walaupun diri ini penuh dengan kekurangan (T_T)

Thursday, July 23, 2009

~Cut! L@g!~


Salam'alaik&sobahalkhoir...apa khabar iman? Ya Allah, Kau peliharakanlah iman kami. Basahkan lidah kami menyebut namaMU..Ameeen ya robb

Hari ni cuti lagi. Buat2 cuti atau apakah? Ya Allah, Kau perelokkan niatku ini. Utk elakkan org bjgkit di ofis..insyaAllah.. LAkukan semua perkara berlandaskan niat yang suci dan murni pada Pencipta kita~

HAri ini ana xnak sia2 kan waktu... Writing perlu dimulakan.. Motivasi yg ku terima daripada Dr DSHA dua hari lalu (selepas pulang dari jmuan di Khadijah's Kitchen yg dblanjekan oleh Dr) masih terngiang2 di telinga anugerah Allah ini... Memang padat dan sarat dengan hikmah... Betul kata Dr. Tidak perlu ditunggu "pilot survey" yang telah ana buat. Just start ur writing. Dat the most important.. Ana bangkang pd awalnya, tp Dr perjelaskn dengan lebih detail dan ana tiba2 bersemangat dengan berkobar2 nya utk me"nyetat" kembali smgt dh lama padam.

"Ya Allah, hanya pada Engkau la Kami Tujukan segala niat kami. Kau permudahkanlah, KAu ampunilah kami, Kau tempatkanlah kami di kalangan hamba2Mu yang soleh. HAnya keredhaan dariMu kami damba kan. Ameeen, amin ya Robb"

Tuesday, July 21, 2009

~KEpEninGan KePaLaan TerAmat SanGatan~


ya Allah, pening nye la kepala nak edit mengedit blog ni
abis cara dah edit..hehe...Biasa la budak baru nak belajar
Blaja benda2 ni no satu la, kalau sentuh bab buku, aisehhh, berat semacam..;p
Anyway thanx to b_b and kouhai jija..hehe

Actually ari ni dpt MC, tp pelik bebeno, bleh plak duk ngadap benda ni=) (release tensen kunun;p)
sebab ptg tadi dh "syahid" penangan daripada ubat yg bertimbun2 dapat dr klinik tadi.
Ubat yg x mengantuk dah abis, so Dr kata ade yg sleepy punye je ada..ok ke Doc tnye?
ermm, ok la sy jwb. Dpt free (dh bayar skali dalam yuran pngajian) sape xnak kan. Tapi tu la. Memang "syahid" puas2 hati la tadi. Mujur rumet balik, kalau x, makin pjg lenanya..heeee~

Alhamdulillah, walaupun hajat nak template yg "diidamkan" x kesampaian disebabkan factor hak cipta terpelihara, akhirnya jupe jugak tmplate ni..Ok la kot, walau agak "messy" sket. hehe~
Nway thanx to pencetus ilham sy. Faham je, sapa nk bagi simply2 kan..hehe ;)

uKhw@h fiLLah ye (^^,)

Sunday, July 12, 2009

(,^^) m@T@ H@t! (^^,)


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

by h!jj@z

Saturday, July 11, 2009

Marahhhh2 ~ Dah2 la marah ye (",)


ya Allah, diri ini bener2 marah ari ni.. sedih pun ada...cam hati nangis je..;(
abis hilang fokus nak buat keje ari ni
isyhh, syaitan ni suka ganggu ler...
istighfar banyak2 wahai diriku~
Allah bersamamu *hugs*
Alhamdulillah, jupe artikel ni di laman feberetku, www.iluvislam.com
Jom kite x marah2 (",)

***************************************************************************************************


Bagaimanakah perasaan anda hari ini? Adakah anda rasa marah? Gembira? Murung? Kecewa? Takut? Bersalah? Tersinggung? Hormat? Bertanggungjawab? Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa? Bolehkah anda cari perkataan-perkataan lain untuk mencerminkan apa yang anda rasa? Kini manusai telah cipta lebih daripada 2000 perkataan untuk menerangkan jenis-jenis perasaan yang dialaminya. Kefahaman tentang tiap-tiap perkataan mengenai perasaan iaitu emosi manusia penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.


CARA MENGURUS KEMARAHAN


1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya.

Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut: a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.





2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting.


Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu


3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

~adik2 pasumku~


Alhamdulillah mlm tadi dh usrah yg ke-6 untuk adik2 PASUM... Tapi kali ini bukan halaqah yg kami buat, tapi kami bjalan2 ukhwwah dengan anugerah kaki yang dikurniakan ke AI (akademi pengajian Islam) kerana ada majlis ilmu yg bertajuk "Knowledge and Arts". Tu pun adik2 yg ajak. Plan awal nk usrah cam biasa. "Akak, jom la p AI", fatma&farehah mmujukku. Ape lagi. Tukar plan on da spot. Mujur adik2 yang lain ok je. Cuma ada salah sorang yang terlepas, cik mila yg comel, dia ni asyik ade prob je ngan nset. Kesian btol..hehe.. Sabar ye mila =)

Talk sgt best dr 3 speaker muallaf, antaranya bro Shah Kirit. Sangat2 best pengalaman yg dikongsi!. Dewan kuliah utama (DKU) sarat dengan manusia. Ermm, akhirnya sy tewas, ngantuk time last2 talk tu,hehe, sabau je la.. Dorang pun ajak balik.. Kuar je dewan nmpak org jual2, ape lagi, ngantuk hilang, agresif trus!.. T-shirt labuh, jaket, buku2 dan mcm2 lagi mengoda kami..heee~ sempat lg booking jaket..hope berbaloi!

p/s : Zira x dapat join mlm td sebab kena stay kat lab wat master projek.. thats ok zira, i dah jaga adik2 u..hehe ;)
 

~h@lw@^uZuNun~

My Blog List

.:: our strength ::.

Term of Use

♥♥ iHfazhi||ahi_YahfaZkh♥♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino