Monday, January 27, 2014

Samsung Ori kah?


*#0*#

Wednesday, January 22, 2014

2013 yang manis


Tenang bersama anak tercinta. Pagi yang nyaman dengan kicipan burung dan kokokan ayam. Alhamdulillah sudah 38 hari usia anaknda kedua kami. Tak sabar rasanya nak berjalan-jalan dengan keluarga kecil ini. Dengan kakak dan baby yang menjadi penyeri hidup kami.

Rancangan Tanyalah Ustazah tadi berkisarkan Didik Ikut Sunnah. Kutiplah semaksimum ilmu berkenaan sunnah Nabi Muhammad SAW supaya dapat diterapkan dalam mendidik permata-permata hati di zaman yang makin mencabar ini. Pelbagai kes yang pelik dan kejam berleluasa saban hari. Method didik anak tak sama dengan yang diaplikasikan oleh ibu bapa kita dahulu. Kami adik-beradik alhamdulillah terdidik dengan baik. InshaAllah. Masing-masing pandai membawa diri sejak dari zaman sekolah. Tidak sama dengan zaman sekarang, ibu bapa yang uruskan segalanya dari A-Z. Ibu yang peka terhadap tugasan sekolah, alert dengan perkara penting anak, sedangkan anak tidak ambil berat mana, seperti ibunya yang sekolah. Ya, ibu, bukan ayah kerana ayah sibuk dengan kerjanya. Ibu ke hulur ke hilir demi kejayaan anaknya. Ayah lebih focus dalam mencari rezeki untuk keluarga.

Tahun 2013 memberi banyak kenangan manis bagi saya. Saya berjaya menghabiskan pengajian setelah empat tahun bergelar calon sarjana. Dari zaman anak dara, berkahwin, dikurniakan puteri sulung sehingga lah mengandung puteri kedua. Alhamdulillah baby direzekikan naik pentas bersama bonda ketika konvokesyen 1 Oktober 2013 ketika 7 bulan dalam rahim. Ini merupakan keajaiban kerana tempoh submit final thesis sangat suntuk ketika itu. Benarlah firman Allah; Kun fayakun. Kenangan manis yang terhebat tahun ini adalah saat melahirkan mujahidah kedua kami pada 16 Disember 2013. Allah permudahkan segalanya. Sakit kontraksi yang "main-main", tiada tanda bersalin, pergi klinik jalan dah 5 cm. Pukul 8 lebih sampai klinik. 9.20 pagi tangisan manja baby mengamit suasana bilik bersalin setelah bunyi kesakitan oleh bonda yang sedang berjuang. Lega. Tanpa koyak dan tiada jahit. Allah, Allah. Mudah benar kali ini. Semuanya atas kekuasaanMu.
 

~h@lw@^uZuNun~

My Blog List

.:: our strength ::.

Term of Use

♥♥ iHfazhi||ahi_YahfaZkh♥♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino