Monday, April 19, 2010

Nikmat Airmata KeranaMu


19 April 2010
Syukurr~ aimataku mampu lagi membasahi pipiku yang telah kusam dan pudar dari nur-nur iman kurniaanMu ya Allah.. Sudah sekian lama ana tidak merasai nikmat tangisan keranaMu lantaran karat hati yang menjadi-jadi.. iman ana benar-benar diuji..
Tidak kuat seperti disangkakan...ampuh sangat.. lemah.. x kuat tanpaMu ya Robb..

Ana diberi peluang bertemu seorang junior selepas solat isyak tadi.."Adik umur 22 kan?".. ana pun bersembang-sembang dengannya. Niat di hati mencari muhasabah pada diri. "A'ah la akak, saya masih dalam mencari-cari..xtau apa yang dicari", ana tersenyum.. indahnya nikmat dalam pencarian.. mencari cintaMu ya ALLAH...erti hidup ini. Ana sempat bertanyakan berkenaan tahajud dengannya. Ana rindu kemanisan tahajud. Tapi rindu sahaja tidak memadai tanpa usaha. Subhanallah, pukul 3 pagi pasti terjaga. Ya ALLAH, kurniakan nikmat tahajud kepada kami. "Akak kunci la jam, nanti kita bangun sama-sama" Beria-ria adik ini mengajak. InsyaALLAH.."Erm, akak macam teragak-agak je"..Ana senyum lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu apa terlintas di hati ini.

Semalam, ana pun bertemu dengan dia. Ukhti itu menghampiri ana ketika ana sedang mengaji. Sudah lama ana tidak mengaji. ABC ;.

"Akak pernah tegur orang direct tak?"

"Salah ke menegur orang? Saya tak tahu dah nak buat macam mana. Perlu ke minta maaf. Tapi saya tak bersalah."

"Sekarang dah jadi fitnah dan merebak kat kawan-kawan lain" kasihan juga ana pada dia.

Ukhti ni menegur kawannya tidak memakai sarung kaki. Itu aurat. Dalam masa 10 saat. Dia delete tapi menjadi-jadi sebab ramai yang backup kawan dia.

Sabar dik. Tapi bagi akak, minta maaf la andai itu bisa menjernihkan ukhwah. Bukan tanda kita bersalah. (ana tak bagitau pun yang ni padanya). Boleh tahan tegas (syadid) dak adik ni. Moga Allah merahmatimu ye adikku ^^,)

***********************************************************************************
oh, tidak dilupakan kisah di ofis tadi. Dr memberitahu, pembentang conference nanti, nama pertama dalam manuskrip..masyaALLAH~

"YA ALLAH, kurniakan kekuatan pada ana" ameen

0 comments:

Post a Comment

 

~h@lw@^uZuNun~

My Blog List

.:: our strength ::.

Term of Use

♥♥ iHfazhi||ahi_YahfaZkh♥♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino