Wednesday, March 03, 2010

Nikmat melimpah2~


~lptp~
Alhamdulillah atas kurniaan Allah pada hambaMu. Semoga hambaMu tidak alpa dari medan dakwah.. Tidak hanyut dibuai nikmat yang dikurniakan...Sedar lah wahai hamba.. dirimu diperlukan untuk dakwah..Untuk kerja-kerja Islam.. BUkan mengisi masa lapang dirimu semata-mata..Untuk menghiburkan dirimu bersama rakan taulan..menghiburkan diri sendiri..mengelakkan diri dari amanah besar dirimu... dengan limpahan nikmat yang diberikan..

Biar kekurangan harta, tp hamba penuh dengan kerja dakwah. Biar bukan insan hebat dan dikagumi tapi insan biasa yang mempunyai misi yang hebat. Usahlah dirimu menghabiskan masa ibarat emas yang dikurniakanNya dengan kerja yang sia-sia yakni membuang masa. Walaupun hanya sedetik saat di depan alam maya. Ilmu yang dimilikimu lebih layak untuk dirimu mengislahkan yang lain di samping islah diri sendiri menjadi insan yang hebat di kacamata seorang insan~~




Kekurangan hidup mendekatkan diri padaMu ya ALLAH.. Kesenangan hidup kadang2 membawa hambaMu dibuai mimpi-mimpi indah... Tiada masalah lagaknya.. tiada perkara penting yang perlu dilaksanakan...lebih mencari keselesaan diri.. dan menjauhkan diri dari masalah.. natijahnya tenang yang dimiliki, mengugat kepercayaan..

YA ALLAH~ lorongkan hambaMu di jalan dakwahMU.. Hamba sedar hamba tidak layak (ayat yang tidak enak didengar dan sering digunakan) untuk menyampaikan pengisian yang mantop..yang menusuk kalbu bagi hati-hati yang mati menuju medan juang. TApi hamba guna jugak kalimah itu. Kerana itu lah hamba seadanya.. Sudah beberapa usaha digunakan.. tak menjadi..erm..bukan tak tapi kurang seperti apa yang diharapkan..

InsyaAllah ya Allah..kudoakan hanya Engkau selayaknya yang mampu memberikan terbaik untuk hambaMu.. Usahlah dikuburkan niat asal yang sudah lama diidamkan berlalu begitu sahaja asbab dari keputusan besar yang bakal berlaku dalam hidup ini. Hamba yaqin padaMu ya Robb~ JAuhkanlah krisis keyakinanku padaMu lantaran bisikan syaitan laknatullah + kurangnya iman di hati

0 comments:

Post a Comment

 

~h@lw@^uZuNun~

My Blog List

.:: our strength ::.

Term of Use

♥♥ iHfazhi||ahi_YahfaZkh♥♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino