28 Mac 2010 : Fakulti terakhir kami lawati pada petang itu adalah Fakulti Senibina dan Rekabentuk yang terletak berdekatan dengan kampus induk. Kami solat dan makan tengahari di sana sebelum sesi bersama En. Azizi bin Mohd Ali, salah seorang pensyarah fakulti berkenaan. Pelajar-pelajar diperkenalkan beberapa asas berkaitan senibina dan rekabentuk secara ringkas. Setelah sesi perkenalan, kami di bawa oleh En. Azizi ke tepi tasik berhampiran untuk melakukan sedikit aktiviti kreativiti secara berkumpulan. Pelajar-pelajar diberi tugasan untuk mencipta dan mereka bentuk karya atau model dengan menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di sekitar tasik dan sedikit bahan yang dibekalkan seperti surat khabar, tali dan gam. Semua pelajar berganding bahu memerah idea dan kreativiti masing-masing. Kelihatan peserta lawatan sangat seronok dan terhibur dengan aktiviti yang dilakukan. Di akhir sesi, sedikit cenderamata diberikan kepada En. Azizi, tanda penghargaan dari pihak JIM Petaling Jaya.
hehe~ part lain aida n kak syifa'.. xde rajinnya ana nak karang panjang2 camni melainkan tugas formal ;p