15 Jun 2010
Akhirnya hari yang mendebarkan muncul jua...ICFAS 2010 (International Conference on Fundamental and Applied Sciences). Alhamdulillah, pendaftaran berjalan lancar setelah Opening Ceremony di Plenary Hall. Berlansung selama 3 hari, 15-17hb. ICFAS adalah salah satu daripada 7 conference yang lain di bawah World Engineering, Science & Technology Congress (ESTCON). Dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Canselor UTP iaitu penganjur konferen ini. Ana di amanahkan untuk menjadi presenter memandangkan keempat-empat lecture kami tiada di Malaysia. Dr.DSHA mengerjakan umrah bersama keluarga manakala Prof Z, Dr.N & Dr.R menghadiri seminar di Bandung, Indonesia. InsyaAllah, ini adalah rezeki awk, kata Dr.DSHA. Huhu, ini cuak namanya. Tak pernah2 present english tibe2 international terus. Ana sahut cabaran ini. InsyaAllah.. Syukran ya Robb =)...Ya Allah, Allahu yassir wa la tuassir..ameen ya Robb.Giliran ana pada 17hb, 8.50am di meeting room 405.
Baru usai rehearsal dengan bibi. Ada improvement. InsyaAllah. Semalam rehearsal dengan budak2 ofis. Banyak gak terabur sebab nervous gak la walaupun depan kawan-kawan. Yang dihafal entah kemana-mana, buat ayat sendiri banyak.Aiyya~
p/s : dari 5 tinggal 1.. Inna lillahi wainna ilaihi roji'un~ Ma cakap, kasihan kat binatang.. Ana dah jaga elok. Tak kena cara kot..dan semestinya sudah ajal mereka ;((
Semalam kura-kura, junior tolong jaga, tibe2 nyawa x panjang. Tadi ikan gapi ekor oren...sempat pegang..pergi ambil wuduk, masuk dalam bilik, ikan dah terbaring. Selamat tinggal dunia
Dr Mahathir sampai ucap utama
2010/06/12
SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucap utama sempena Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Sedunia (ESTCON 2010) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 Jun ini.
Rektor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Datuk Dr Zainal Abidin Kasim berkata, kongres anjuran UTP dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan dirasmikan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas. Katanya, kongres itu dijangka dihadiri 1,200 pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan serta inovasi bagi membincangkan pelbagai isu yang dapat memperbaiki lagi kehidupan manusia. Beliau berkata, kongres bertema Ke Arah Kelestarian: Menghubungkan Kejuruteraan, Teknologi dan Kemanusiaan akan merangkumi tujuh persidangan antarabangsa.
Katanya, ESTCON 2010 turut menganjurkan projek khas iaitu Projek Mengimbangi Karbon (COP) dikenali sebagai Selamatkan Dunia yang akan membantu mengurangkan kadar pemanasan global.
Beliau berkata, sebagai tanda sokongan terhadap projek berkenaan, pihak UTP mengambil langkah proaktif dengan menanam 260 pokok di Taman ESTCON kampus UTP, baru-baru ini.
Beliau berkata, mereka yang berminat untuk menyertai ESTCON 2010 dialu-alukan hadir ke kaunter pendaftaran di Tingkat 3 KLCC pada 14 Jun ini antara jam 4 petang sehingga 9 malam dan 15 Jun mulai jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi serta 10.30 pagi sehingga 5 petang.
Katanya, maklumat lanjut boleh dilayari di laman web http://www.utp.edu.my/estcon2010
Tuesday, June 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment