1 Jun 2010 - Alhamdulillah, sangat suka bercuti-cuti di kampung selama seminggu baru ni sebaik sahaja menyelesaikan Candidature Defence. Syukur padaMu ya Robb. Sangat sayang pada hambaMu yang kerdil lagi hina ini. Sebelum abang ana ambil di kolej malam tu, sempat menghadiri temuduga untuk penempatan kolej bagi semester hadapan. Macam-macam, tak pernah-pernah ada interview sebelum ni. Allah selamatkan ana lagi. Kalau interview hari selepas tu, pasti penempatan lain perlu ku jelajahi. Ada hikmah semuanya =)
Di kampung, kakak ana mengadakan sedikit kenduri sempena "naik rumah". Seperti biasa, ma menjadi orang kuat dalam mana-mana agenda. Ma~ semoga Allah memberi kekuatan pada ma. Ja kasihan tengok ma kena fikir banyak benda. Agenda dan masalah faija lagi, maaf kan faija ma =( sangat sedih tengok respon muka ma baru-baru ini. Sangat terkesan kat hati. Faija balik menyusahkan ma je. Banyak agenda berlaku dalam masa yang sama. Ma pun x dapat tidur lena. Awal pagi, ma pun x tidur lena pun ja tengok =(, maafkan faija ma. Tenanglah wahai ibu ku yang tercinta. Anakmu hanya mampu doakan di samping sedikit usaha kecilku yang tak mampu menandingi sebesar jasa ma.
Petang tadi diadakan meeting ICFAS. Alhamdulillah~ keempat-empat pensyarah menghadirkan diri walaupun tugasan menghambat mereka. Perbincangan mengenai ICFAS rancak di kalangan pensyarah. Ana AGAK ke'blur'an kerana belum prepare 100%. Ditambah pula dalam bahasa Inggeris yang menghantui diri ini. TRust ur self. Prof Zul memberi sedikit sinar pada awalnya di mana beliau akan menjadi presenter. Tapi rezki menyebelahi diri kerdil ini juga, beliau clash dengan tugas di Bandung ketika itu bersama zaujah beliau, Dr. Naemah. Dr. Rohaida pula akan ke Bandung juga, mumkin seminar yang sama, manakala Dr. Durriyyah akan berangkat menunaikan umrah pada hari Sabtu ini. Beliau mengedarkan buku kepada siapa-siapa yang ingin mengirim doa. Ana akan merebut peluang ini. InsyaAllah, esok ana beri.
Kurniakan ketenangan kepada ibundaku yang tersayang.
Tunjukkan kami jalan redhaMu dalam semua urusan termasuk kerja besar yang memberi impak yang amat pada kehidupan akan datang. Mardhatillah ya Robb~
Dah 1.27 am, jom buat ppt icfas. Compactkan. InsyaAllah~
p/s : Alfatihah dan sedekahkan yasin kepada hamba-hamba Allah yang dijemput olehNya. Kat kampung baru ni 3 orang, semalam ayah kepada salah seorang krew ILI. Banyak kematian akhir-akhir ini. Sentiasa muhasabah diri wahai mujahidah dengan caramu dan di jalanmu.Be urself, innallaha ma'ana.
Isu palestin hangat kembali, Wahai Tuhan kami, ALLAH~ kurniakanlah kejayaan kepada umat ISLAM. AMeen~~
Wednesday, June 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment