22 Jun 2010
Minggu lepas sangat padat dan saya sangat suka kondisi sebegini. Hidup sentiasa terisi dengan pelbagai aktiviti untuk mengelakkan masa lapang yang bisa menjadi racun bagi seorang mujahidah. Sebaris kata yang berbunyi "Masa Lapang MUSUH bagi seorang Muslim (asalnya Remaja, ana tukar kepada Muslim sebab ana dah akhir2 remaja ;p )" amat benar dan saya menyokongnya. Pelbagai perkara negatif akan muncul dan direkacipta oleh diri sendiri dengan bisikan-bisikan halus pok tan (Syaitan Laknatullah) ditambah pula iman yang nipis di dalam diri. Syukur padaMu ya Allah menganugerahkan taklifan ini yang menjadi asbab ana sentiasa di jalan ini. Tapi sampai bilakah? Adakah ketika bergelar student sahaja??? Ya ALLAH~ ana pohon kekuatan dariMu.
Seusai conference pada hari khamis, program yang telah diaturkan oleh Team Pengurus Progresif diadakan pada petang Jumaat. Pengisian diberikan oleh seorang pensyarah dari Kolej Universiti Taylor, Dr. Adnan. Kusangkakan mentee-mentee agak blurr dengan pengisian yang diberikan sebab Dr.Adnan mostly speaking, rupanya tidak. Adik-adik ni beritahu sangat best dan englishnya tak berat sangat. Alhamdulillah. Ana tak dapat mengikuti keseluruhan pengisian kerana meeting tergempar diadakan untuk aktiviti keesokan harinya.
Qiamulail diadakan dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah, kemandiri dan brekfeast bersama-sama. Bertolak pukul 800am menuju ke Kem Kemensah yang berlokasi nung jauh di belakang Zoo Negara. Aktiviti bermula dari pagi hingga selepas asar. Antaranya game-game ringan yang bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara mentor-mentee, mentee-mentee. Mentor-mentor dah rapat kot ;).
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment